Jadual Kerja Harian Penjaga Pantang

Apa jadual harian yang akan dilakukan oleh Penjaga Pantang Leviera? Jom tengok jadual bermula dari bangun tidur sehingga waktu tidur semula.

Terma & Syarat Perkhidmatan Confinement Leviera

Sila baca terma dan syarat terlebih dahulu sebelum mengambil apa – apa pakej yang ditawarkan oleh pihak kami.

Terma & Syarat

  1. Harga pakej tertakluk kepada kekosongan dan dianggap muktamad selepas pelanggan menerima syarat dan terma yang ditetapkan, iaitu pembayaran deposit sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan harga pakej termasuk caj pengangkutan sekiranya ada.
  2. Baki keseluruhan tersebut hendaklah dibayar sepenuhnya semasa ketibaan pekerja penjaga pantang (confinement lady) di rumah pelanggan atau pihak kami berhak membatalkan pakej serta-merta tanpa memulangkan deposit pembayaran.
  3. Sekiranya pihak pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan penjaga pantang sepanjang tempoh pakej, kami berhak menukarkan dengan penjaga pantang yang lain serta merta. Sebarang aduan pada hari terakhir pakej atau selepas habis pakej tidak akan dilayan.
  4. Harga pakej adalah tetap dan tiada sebarang potongan sekiranya pelanggan menolak sebahagian daripada perkhidmatan kami.
  5. Pihak pelanggan bertanggungjawab menyediakan makanan penjaga pantang berupa bahan mentah sepanjang tempoh pakej yang diambil.
  6. Pihak kami hanya menyediakan daun-daun yang disenaraikan untuk kegunaan berpantang untuk tempoh dua minggu sahaja sekiranya pelanggan berpantang di luar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Selebihnya, perlu disediakan oleh pelanggan. Senarai bahan mentah untuk masakan pantang dan daun-daun (sekiranya perlu) akan diberilakan setelah pelanggan membayar deposit.
  7. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan membatalkan tempahan tanpa sebarang notis atau alasan yang wajar kecuali kes kecemasan yang melibatkan kematian atau keguguran. Untuk kes keguguran, sesi rawatan pberpantang masih boleh diteruskan. Pihak kami berhak menerima dan menolak pembatalan yang dibuat pelanggan. Selain itu, pihak kami juga berhak menukar/,enggantikan pakej/perkhidmatan yang sama nilai, tertakluk kepada keadaan.

Masih mencari Confinement Care Terbaik? Dapatkan Sebut Harga Sekarang !